Tuesday 20 September 2011

Cinta Islamik?


Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
alt

Kebuluran di Afrika Timur. Di Mana Kita?



Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. 

Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.

Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Mari kita lihat gambar-gambar keadaan di sana.
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.


Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan
Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api

Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya


Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad

Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya

Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh

Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley

Tin makanan yang telah di gunakan dari USA

Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia


Keadaan haiwan ternakan di sana

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011

eorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley

Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas

Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011

Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011

Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan

Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)

Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011

Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian

Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya

Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011

Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam. 

Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita.. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita~

p/s:peringatan utk diriku jua...